Tuesday, September 2, 2008

PENGENALAN

Negara kita semakin pesat membangun. Pada ketika ini ada di antara kita yang telah jauh melangkah ke hadapan dan ada yang masih merangkak di belakang. Dengan adanya program seperti ini kami dapat membawa mereka yang masih merangkak di belakang untuk sama-sama bergerak maju ke hadapan.

Dalam mengejar pembangunan kami tidak melupakan kepada mereka yang memerlukan. Kami mengajak masyarakat setempat untuk membantu anak-anak yang kehilangan orang tua, yang kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya, yang mengalami masalah kewangan untuk meneruskan pembelajaran. Dengan adanya projek komuniti ini kami dapat menampung sedikit sebanyak kekurangan yang mereka tanggung.

LATAR BELAKANG PROJEK

















Pada 24 Ogos 2008 kami telah mengadakan jualan di Pertandingan Memancing sempena bulan Kemerdekaan ke-51. Kami telah mengambil peluang ini untuk menjalankan projek komuniti ini. Kami telah berpakat untuk mengadakan jualan kerana pada waktu tersebut ramai orang datang membanjiri kawasan jeti Bagan Datoh. Kami mengambil kesempatan untuk merebut peluang ini. Keuntungan yang kami perolehi kami akan sumbangkan kepada rumah anak-anak yatim. Kami telah memilih Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) iaitu salah satu tempat yang menjaga anak-anak yatim di seluruh negeri Perak. Disamping kami meniaga kami dapat beramal ke arah kebaikan.

Thursday, August 28, 2008

OBJEKTIF

Bagi pembentukan projek komuniti ini, kami mempunyai beberapa objektif. Objektif-objektif ini terbahagi kepada dua iaitu objektif umum dan khusus.

Objektif umum bagi projek komuniti ini ialah :
  • memupuk semangat bekerjasama dalam pasukan untuk menjayakan sesuatu tugasan atau aktiviti
  • membina semangat setiakawan di antara ahli kumpulan
  • memenuhi kehendak pembelajaran kumpulan 3 modul 4 (Projek Komuniti)
Objektif khusus bagi projek komuniti ini ialah :
  • merapatkan hubungan silaturrahim dengan masyarakat setempat
  • membantu golongan yang memerlukan bantuan
  • memupuk sikap saling membantu di antara mereka yang memerlukan
  • beramal sambil meniaga
  • meringankan beban kewangan bagi anak yatim

BAJET

Bagi melaksanakan projek ini kami memerlukan modal yang besar. Modal ini kami perolehi daripada penaja. Kami memohon tajaan daripada AJK kampung, belia dan mendapat sedikit sumbangan daripada orang ramai. Modal tersebut kami gunakan untuk membeli peralatan untuk meniaga. Antaranya ialah :
  • Sewa tapak : RM 10.00
  • Perkakasan Memasak : RM 300.00
  • Bahan Masakan : RM 350.00
  • Jumlah keseluruhan : RM 660.00

CARTA ORGANISASI

LATIFAH
PENGERUSI
MOHD BASIR
NAIB PENGERUSI





BENDAHARI



AININ NAJIHAH
SETIAUSAHA

MOHAMMAD
AJK
RIFQI HAFIFI
AJK

NOR AZURA
AJK

PERLAKSANAAN

Bagi melaksanakan projek ini kami dilatih oleh jurulatih untuk membuat secara PARIS

P-perancangan
Dalam peringkat ini kami telah membuat perancangan tentang projek. Pada peringkat ini kami pilih sasaran projek ini, apa yang ingin kami bangunkan dan seterusnya membuat perbincangan.

A-analisis
Dalam peringkat ini kami dilatih untuk membuat analisa tentang komuniti di sekitar. Analisis ini kami kaji berdasarkan beberapa aspek iaitu sosial, ekonomi dan politik. Berdasarkan maklumat tersebut kami dapati projek meniaga lebih menguntungkan.

R-rekabentuk
Dalam peringkat ini kami telah membuat kertas kerja berdasarkan analisis dan perancangan yang dibuat. Kertas kerja ini memudahkan lagi urusan kami dalam membuat pembahagian tugasan bagi projek kami ini. Kami telah memilih tempat yang sesuai untuk memulakan projek meniaga ini.

I-implementasi
Dalam peringkat ini kami membuat perbincangan yang betul-betul teliti. Kami menggunakan semua kaedah yang diajar oleh jurulatih semasa mempelajari projek komuniti.

S-sokongan
Dalam peringkat ini kami memerlukan sokongan dari semua pihak agar projek ini berjalan dengan jayanya. Sokongan dari pelbagai pihak dapat membantu golongan yang memerlukan.

Pada 24 Ogos 2008 kami telah berjaya menjalankan projek komuniti ini. Kami berasa puas dengan kehadiran pelanggan ke gerai kami. Teknik yang diajarkan pada kami amat bermakna dan kami tidak akan sia-siakan apa yang kami pelajari semasa program ini berlangsung.

GALERI