Tuesday, September 2, 2008

PENGENALAN

Negara kita semakin pesat membangun. Pada ketika ini ada di antara kita yang telah jauh melangkah ke hadapan dan ada yang masih merangkak di belakang. Dengan adanya program seperti ini kami dapat membawa mereka yang masih merangkak di belakang untuk sama-sama bergerak maju ke hadapan.

Dalam mengejar pembangunan kami tidak melupakan kepada mereka yang memerlukan. Kami mengajak masyarakat setempat untuk membantu anak-anak yang kehilangan orang tua, yang kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya, yang mengalami masalah kewangan untuk meneruskan pembelajaran. Dengan adanya projek komuniti ini kami dapat menampung sedikit sebanyak kekurangan yang mereka tanggung.

LATAR BELAKANG PROJEK

















Pada 24 Ogos 2008 kami telah mengadakan jualan di Pertandingan Memancing sempena bulan Kemerdekaan ke-51. Kami telah mengambil peluang ini untuk menjalankan projek komuniti ini. Kami telah berpakat untuk mengadakan jualan kerana pada waktu tersebut ramai orang datang membanjiri kawasan jeti Bagan Datoh. Kami mengambil kesempatan untuk merebut peluang ini. Keuntungan yang kami perolehi kami akan sumbangkan kepada rumah anak-anak yatim. Kami telah memilih Badan Khidmat Islam Perak (BAKIP) iaitu salah satu tempat yang menjaga anak-anak yatim di seluruh negeri Perak. Disamping kami meniaga kami dapat beramal ke arah kebaikan.